Need Help? Inquiries Call Us: +6018 365 6282

3 Tempat Minum Kopi dan Healing di Melaka

Melaka bukan sahaja terkenal dengan sejarahnya, tetapi juga dengan kafe-kafe unik yang menawarkan pengalaman “healing” terbaik sambil menikmati secawan kopi yang sedap. Kalau anda mencari tempat yang tenang, aesthetic, dan jauh dari kesibukan pelancong, inilah 5 hidden gem terbaik untuk minum kopi dan healing di Melaka!

1. The Daily Fix Cafe

The Daily Fix Melaka

Photo by Mintymin (https://dub.sh/8QbiLj3)

☕ Lokasi: Jonker Street, Melaka
🌿 Suasana: Hidden dalam kedai souvenir bertema Melaka, vibe retro & hijau
💡 Menu Wajib Cuba: Pandan Pancake, Smoked Salmon Eggs Benedict, Big Breakfast Plate

The Daily Fix Café ternyata ialah tempat pilihan locals dan tourists. Sebelum sampai ke ruang kafe, pelawat perlu melalui sebuah seksyen di mana pelbagai souvenir bertema Melaka dijual. The Daily Fix tidak asing lagi dengan kopi berkualiti dan pancake pandan homemade yang lembut dan wangi. Vibe perabot kayu klasik dan greenery yang dipamerkan menjadikan cafe ini sesuai untuk healing sambil menikmati kopi latte atau cold brew. Tahukah anda dulu The Daily Fix Cafe ialah sebuah rumah heritage lama yang telah diubahsuai?

Mencari parking kat Jonker Street ni mungkin struggle sikit. Well, jangan risau sebab kami kan ada Chauffeur service!

Masih lagi ragu-ragu?
Saksikan reviu The Daily Fix Cafe dari Wondering Passport atau lihat Google Review di bawah

The Daily Fix - Google Review

Salah satu Google Review untuk The Daily Fix Cafe

Adakah The Daily Fix Halal? Menurut jawapan representative mereka, mereka tiada sijil HALAL dari JAKIM jadi untuk semua Muslims yang ingin ke sana, boleh pilih menu-menu yang selamat ataupun, jom kita lihat healing spot seterusnya!


2. Ghaztronomy Coffee

☕ Lokasi: Tangga Batu, Melaka
🌿 Suasana: cozy dan rasa macam dalam library sebab banyak shelves filled with books!
💡 Menu Wajib Cuba: COFFEE COFFEE COFFEE, choose your beans!

Phsawww! Inilah kafe healing seterusnya yang kita akan terokai di Melaka. Terletak di Jalan Tangga Batu, Sungai Udang, Melaka – kafe ni gerenti HALAL TOYYIBAN sebab owner Muslim (Info dari petakopi.my)

Dan kat sini, anda tak perlu ragu-ragu – tolonglah rasa semua coffee bean mereka offer sebab semua top notch sedap! Terbukti dari Google Reviews di bawah

Ghaztronomy


3. Terkohv Coffee & Dessert Station Melaka

☕ Lokasi: Teratak Ayah Bonda Cafe. Kampung Morten Melaka
🌿 Suasana: terletak di lokasi Teratak Ayah Bonda Cafe, so memang architecture dia macam Teratak berhadapan pula Sungai Melaka – memang syahdu!
💡 Menu Wajib Cuba: caramel macchiato

Last spot untuk blog post kali ini ialah Terkohv – lokasinya best sebab tengah-tengah Kota Melaka. Owner pun Muslim jadi HALALAN TOYYIBAN! Dan yang paling best, buka sehingga 12am. Jadi bolehlah jadi lokasi sembang dengan kawan-kawan night owl!

Terkohv

Need help? Inquiries? Call Us: +6018 365 6282

Book with Us in 4 Easy Steps:

We Accept Payments From:

PayPal   Visa   Mastercard   FPX

Secured Payment Gateway:

SSL   3D Secure

customercare@mergecarrental.com